Visitor

Thursday, November 19, 2009

salam raya haji

salam semua..maaf la lama betul tak login blog ni..bz sgt2. Apapun sy nk ucapkan selamat hari raya kepada semua..terutamanya famili sy. Tidak lupa juga sy ucapkan selamat berjaya kepada anak didik sy di UPSI yg sedang bertungkus lumus berjuang dlm peperiksaan akhir semester. Bahkan tidak lupa juga kepada adik-adik pelajar terutamanya di Legeh yg sedang menduduki SPM dan STPM..semoga berjaya semua. Apapun tahniah juga kepada adik-adik yg telah berjaya dengan cemerlang dlm UPSR yg baru diumumkan semalam. Teruskan kecemerlangan anda. Namun kepada yg kurg berjaya saya nasihatkan bersabar dan terus berusaha 3thn lg utk PMR..Tidak semestinya kita gagal pada UPSR kita juga akan gagal pada PMR..Jgn khuatir..saya juga ketika di alam persekolahan rendah tidak cemerlang...dan tidak juga memperolehi 5a dlm UPSR..Tp saya tetap berusaha sehinggakan sy berjaya memasuki universiti dan seterusnya menyiapkan pengajian Sarjana saya di USM utk melayakkan sy bekerjaya sebagai seoarng pensyarah. Kini saya seorg pensyarah..yg asalnya dulu di sekolah rendah tidak tergolong dlm golongan yg cemerlang, tidak dipuja dan dipuji oleh guru..malah nama tidak tersenarai pn utk menjadi harapan sekolah. Akhirnya saya tetap berusaha..dgn dorongan famili, guru-guru dan rakan-rakan beginilah sy skrg..berjaya juga menjadi pensyarah pertama yg lahir dari bumi Legeh..pensyarah UPSI yg pertama berasal dari Legeh..Kesimpulannya..kegagalan pada masa UPSR tidak semestinya menjanjikan kelangsungan kecemerlangan seterusnya..namun kecemerlangan UPSR merupakan satu bonus utama utk penerusan kecemerlangan seseorang. A