Visitor

Saturday, April 11, 2009

SAKIT JANTUNG

Salam kepada semua..dah lama saya tak tengok blog saya ni. Sibuk dengan tugasan harian diwaktu minggu terakhir kuliah bagi semester ni..Dikesempatan ni saya nk berkongsi pengalaman mencemaskan keluarga saya apabila bapa mertua saya telah dimasukkan ICU hospital pantai Ipoh kerana komplikasi sakit jantung dan juga kerana paru-paru berair. Apa yang saya nk ceritakan dan kongsi bersama di sini adalah betapa perlunya kita menjaga kesihatan jantung. Lebih-lebih lagi apabila umur kita semakin meningkat. Khas kepada para sahabat dan juga para pelajar saya yang merokok..usahlah menjadi yang bergaya, bermutu dan terunggul lagi..cubalah berhenti..saya begitu insaf bilamana melihat bapa mertua saya di ICU dengan wayar yang penuh dimulut, leher, paru-paru dan di kedua belah tangannya dan boleh di katakan seluruh badannya. Sejarah bapa mertua saya yang merokok bermula daripada awal remaja lagi telah menjadi faktor utama kepada kegagalan jantungnya untuk berfungsi dengan baik...malah kehidupannya yang mengutamakan rokok dalam diet hariannya telah memberikan satu pengalaman paling berharga bagi dirinya sendiri. Kesannya, bapa mertua saya telah berazam dan telah berjaya meninggalkan kekasih rapatnya (rokok) itu serta merta demi kesihatannya. Bahkan, beliau begitu yakin mampu meninggalkan rokok buat selama-lamanya. Sahabatku..bukan itu sahaja kos seminggu di ICU bukan sedikit..malah mencecah ribuan ringgit..nak tahu berapa? jumlahnya adalam RM21ribu lebih...So..sebelum saya mengundur diri untuk kali ini..ingatlah sayangilah diri kita sendiri..jangan kita memberi tarikh kematian untuk diri kita melalui rokok!. Sekian jumpa lagi..wassalam