Visitor

Wednesday, March 4, 2009

KAJIAN KECEMERLANGAN ANAK DIDIK SAYA

Salam sejahtera kepada semua, baru-baru ini 26.2 saya dengan puan nazariah ab. samad telah berpeluang menjalankan kajian lapangan mengenai kejayaan seorang anak murid kami yang telah berjaya dalam kerjaya sampingannya sebagai seorang usahawantani penternak lintah dan ikan keli, malah, beliau juga(nurhidayah) telah beberapa kali dijemput oleh siaran tv di Malaysia seperti TV3 dan RTM untuk berkongsi kejayaan beliau dalam kerjaya sampingannya itu. Tapi bagi kami, sebaya pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam ilmu psikologi dan kaunseling,bukan mengenai lintah atau keli itu yang kami berminat untuk kaji..akan tetapi..personaliti, pegangan, sikap, tingkahlaku, kognitif, dan konsep kendiri nur hidayah yang ingin kami kaji..apakah bezanya beliau dengan mahasiswa lain hinggakan beliau boleh berfikir luar dari 'kotak' kebiasaan mereka yang seusia dengannya. Apakan tidak..beliau telah berjaya bersama dengan ibu tercintanya mencipta satu penemuan baru dalam penghasilan makanan organik bagi ternakan lintah dan keli. Bahkan telah berjaya membawa satu dimensi baru dalam bidang perniagaan penternakan lintah dan keli. Usaha beliau bukan sekadar mendapat perhatian penternak-penternak keli dan lintah malah oleh badan-badan berkanun dan jabatan-jabatan kerjaan yang terlibat secara langsung dalam memajukan asastani di Malaysia. Kami mengharapkan kajian kami nanti akan dapat mewujudkan satu situasi baru kepada para penuntut ipt khususnya dan remaja umumnya. Mudahan tercipta nanti suatu model baru remaja yang cemerlang yang mempunyai matlamat dalam hidup. Kajian kami yang berfokus kepada pembinaan model kendiri kreatif kajian kes nur hidayah diharapkan dapat menjadi satu panduan dan model kepada para remaja Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup...kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang telah dicapai oleh nur hidayah setakat ini boleh melayari www.yatilintah.com..

No comments:

Post a Comment