Visitor

Thursday, November 19, 2009

salam raya haji

salam semua..maaf la lama betul tak login blog ni..bz sgt2. Apapun sy nk ucapkan selamat hari raya kepada semua..terutamanya famili sy. Tidak lupa juga sy ucapkan selamat berjaya kepada anak didik sy di UPSI yg sedang bertungkus lumus berjuang dlm peperiksaan akhir semester. Bahkan tidak lupa juga kepada adik-adik pelajar terutamanya di Legeh yg sedang menduduki SPM dan STPM..semoga berjaya semua. Apapun tahniah juga kepada adik-adik yg telah berjaya dengan cemerlang dlm UPSR yg baru diumumkan semalam. Teruskan kecemerlangan anda. Namun kepada yg kurg berjaya saya nasihatkan bersabar dan terus berusaha 3thn lg utk PMR..Tidak semestinya kita gagal pada UPSR kita juga akan gagal pada PMR..Jgn khuatir..saya juga ketika di alam persekolahan rendah tidak cemerlang...dan tidak juga memperolehi 5a dlm UPSR..Tp saya tetap berusaha sehinggakan sy berjaya memasuki universiti dan seterusnya menyiapkan pengajian Sarjana saya di USM utk melayakkan sy bekerjaya sebagai seoarng pensyarah. Kini saya seorg pensyarah..yg asalnya dulu di sekolah rendah tidak tergolong dlm golongan yg cemerlang, tidak dipuja dan dipuji oleh guru..malah nama tidak tersenarai pn utk menjadi harapan sekolah. Akhirnya saya tetap berusaha..dgn dorongan famili, guru-guru dan rakan-rakan beginilah sy skrg..berjaya juga menjadi pensyarah pertama yg lahir dari bumi Legeh..pensyarah UPSI yg pertama berasal dari Legeh..Kesimpulannya..kegagalan pada masa UPSR tidak semestinya menjanjikan kelangsungan kecemerlangan seterusnya..namun kecemerlangan UPSR merupakan satu bonus utama utk penerusan kecemerlangan seseorang. A

Saturday, September 5, 2009

SELAMAT BERPUASA

Salam pertengahan ramadhan kepada semua..terutamanya anak-anak didik saya di UPSI dan juga anak-anak warga kolej saya KUO, staf-staf kolej saya dan juga semua umat muslimin seantero dunia. Maaf kerana kesibukan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH SWT jarang sekali saya kesempatan untuk melawat blog saya ni..alhamdlillah sempat juga hari ni..kesempatan ni saya nk kita renungkan kembali hikmah berpuasa..banyak sangat hikmahnya..pada saya sendiri..tetiba je bulan puasa ni gastrik saya yang suam-suam kuku seriusnya hilang..saya boleh la berpuasa dengan baik..syukur ramadhan bulan penuh berkat dari tuhan. Kalau kita ingt balik masa puasa kt kampung dgn keluarga hepi betul rasanya..yelah leh makan masakan mak kesayangan kita..saya awal puasa sempat juga balik kg Legeh sempena cuti sekolah bawa anak isteri balik merasai nikmat make ekok, nasi khabu, gulai kapong, belebab mcm lagi lah dey juga la make makanan kegemaran ore kelate..kalu Legeh musim posa ni glamor la dengan nyicah kerang pas solat terawih..masa buko posa pulak pakat berabut cendol..cendol susu campur lokcong..malam-malam pula bising dengan karenah budak-budak main mercun..kelate sebut bedil..macam-macam bedil ada..bedil tupat, bedil bola, bedil katak, bedil botol..saya pun hairan dari mana diaorang dapat pun tak tahu..sedangkan sempadan di kawan dengan rapi..cuma budak-budak Legeh ni mereka cerdik sikit..mereka sesekali tidak akan main bedil buatan sendiri..kerana tidak terjamin keselamtan..mereka lebih suka main medil beli buatan kilang..sebut tu tak pernah keluar paper atau tv budak Legeh cedera main bedil masa ramadhan. Apapun lagi cerdik budak Legeh tu tak main terus bedil..buang duit sebenarnya..maaf tulisan bercampur ayat kelantan dan bahasa melayu standard. Sebelum terlupa kepada anak didik saya di UPSI jgn lupa sekarang kita dah masuk minggu ke 9 pengajian utk semester ni..maknanya tgl 5 minggu je lagi untuk final exam..posa jadikan peluang utk study lebih selepas sahur dan semasa tunggu azan maghrib..dan macamana dgn asignment? dah hantar semua ke..tak silap minggu lepas adalah minggu last penyerahan asignment..mgkn ada lecturer yg lanjut sampai minggu ke 9. So..diharapkan semua akan terus berjaya dan dapat markah yg terbik utk semester ni..akhirnya selamat berpuasa dan selamat dari sehala mara bahaya dunia. wassalam

Monday, June 29, 2009

SELAMAT MENJALANI ORIENTASI BAKAL-BAKAL CIKGU BARU

Salam motivation for all.Syukur because you are selected register as UPSI citizen yesterday.Today.. start your orientation day with sisters and big brothers sms (sekretariat minggu suaikenal) as your facilitator assistant in manage all related matter.So..do not all of you feeling of fear to serve orientation week in UPSI. This is because, UPSI orientation not to abuse you intended teachers , even sms will help you to more understanding management culture student, learning and introduction journey UPSI environment with more cohesive. Make this orientation experience as a most exhilarating experience in you life as a UPSI citizen. Involve yourself fully in self development activity were being planned by sms such as LDK, sukanturahim, talent night etc. In fact, when information session is starting like a important information by PTPTN, health, academic security and rule UPSI,plz do not you last your problem solving opportunity in UPSI with sleep when briefing relayed by speaker. To me, all this information would be vital. This is because, information would not be repeated again for the second time. So..in orientation week, this is the only your opportunity to seek and understand all important information about your life in UPSI. whatever, good luck to all of you..try to be a good student and care all procedure of ethic as UPSI citizen often judged by local community tanjong malim. Always greeting with mosque member, engage with local community and try to avoid self from trapped with any crime and sin especially. Lastly, bear in mind to make self all of you as motivation and morale burner motivator to your younger siblings on village. Must not waste all your parents sacrifice to see your success all this while. wassalam...see you.

Sunday, June 28, 2009

AHLAN WASAHLAN ANTUM

Hari ini 28 jun 2009 warga UPSI telah menerima cikgu-cikgu baru..Saya mengucapkan selamat datang semua. Jadikan nikimat ALLAH ini satu peluang untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai seorang felo di kolej zaba selain tugas hakiki sebagai seorang pensyarah UPSI..saya juga berasa bangga bila melihat cikgu-cikgu baru begitu bersemangat melalui sesi pendaftaran ayng rasminya berakhir tepat jam 5.30 petang tadi..Kolej zaba secara langsung telah menerima pendaftaran penghuni seramai 607 mahasiswi, 110 mahasiswa dan 24 orang mahasiswa guru besar. Angka ini telah menggenapkan penghuni kolej zaba seramai 1306. Saya amat berharap kedatangan cikgu-cikgu ini akan memerihkan lagi kehidupan di kolej zaba bahkan akan menjadi agen utama kepada penerusan kecemerlangan kolej zaba. Dengan MOTO 3L (LIVING, LEARNING, LEADERSHIP) semoga cikgu-cikgu baru ini mampu menghayati motto yang telah menjadikan zaba antara kolej yang disegani di UPSI. Sebagai penghuni, bila kita mendiami zaba disinilah kita mengambil peluang belajar erti kehidupan berdikari, belajar erti persahabatan, belajar makna kemanusiaan, belajar sejarah pendidikan. Bahkan bila kita belajar secara tidak langsung kita perlu mengambil peluang di zaba untuk mengasah bakat kepimpinan, menajam skill kepimpinan, mendalamkan ilmu kepimpinan dan seterusnya melibatkan diri secara praktik dalam saf kepimpinan kolej mahupun kepimpian mahasiswa universiti khususnya dan kepimpinan mahasiswa negara amnya.

Saturday, April 11, 2009

SAKIT JANTUNG

Salam kepada semua..dah lama saya tak tengok blog saya ni. Sibuk dengan tugasan harian diwaktu minggu terakhir kuliah bagi semester ni..Dikesempatan ni saya nk berkongsi pengalaman mencemaskan keluarga saya apabila bapa mertua saya telah dimasukkan ICU hospital pantai Ipoh kerana komplikasi sakit jantung dan juga kerana paru-paru berair. Apa yang saya nk ceritakan dan kongsi bersama di sini adalah betapa perlunya kita menjaga kesihatan jantung. Lebih-lebih lagi apabila umur kita semakin meningkat. Khas kepada para sahabat dan juga para pelajar saya yang merokok..usahlah menjadi yang bergaya, bermutu dan terunggul lagi..cubalah berhenti..saya begitu insaf bilamana melihat bapa mertua saya di ICU dengan wayar yang penuh dimulut, leher, paru-paru dan di kedua belah tangannya dan boleh di katakan seluruh badannya. Sejarah bapa mertua saya yang merokok bermula daripada awal remaja lagi telah menjadi faktor utama kepada kegagalan jantungnya untuk berfungsi dengan baik...malah kehidupannya yang mengutamakan rokok dalam diet hariannya telah memberikan satu pengalaman paling berharga bagi dirinya sendiri. Kesannya, bapa mertua saya telah berazam dan telah berjaya meninggalkan kekasih rapatnya (rokok) itu serta merta demi kesihatannya. Bahkan, beliau begitu yakin mampu meninggalkan rokok buat selama-lamanya. Sahabatku..bukan itu sahaja kos seminggu di ICU bukan sedikit..malah mencecah ribuan ringgit..nak tahu berapa? jumlahnya adalam RM21ribu lebih...So..sebelum saya mengundur diri untuk kali ini..ingatlah sayangilah diri kita sendiri..jangan kita memberi tarikh kematian untuk diri kita melalui rokok!. Sekian jumpa lagi..wassalam

Wednesday, March 18, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam, lama dah saya tak jengok blog saya ni..bukan apa..sibuk betul semenjak dua menjak ni..dengan research la..dengan tgjwb hakiki sebagai pensyarah la..apapun..saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan anak didik yang banyak memberi sokongan selama ini. Kali ni saya nak sharing mengenai perkahwinan adik saya semalam Md. Nasaruddin Idris dengan pasangannya..lupa lak nama sebenar adik ipar..tak silap Siti Saheeda..semoga berbahagia mereka berdua ke akhir hayat...Untuk isteri tersayang, terima kasih banyak membantu saat saya dalam kesukaran kerja, kesuntukan masa dan dalam keadaan tergesa-gesa. Maljis kahwin semalam agak meriah juga maklumlah adik beradik semua pulang..meriah betul jadinya. Tambahan pula cuaca pun baik..Maaf tak sempat nk upload pics yang menarik acara kahwin tersebut kerana masih dalam pencarian pics yang betul-betul menarik untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ok..jumpa lagi.