Visitor

Sunday, June 28, 2009

AHLAN WASAHLAN ANTUM

Hari ini 28 jun 2009 warga UPSI telah menerima cikgu-cikgu baru..Saya mengucapkan selamat datang semua. Jadikan nikimat ALLAH ini satu peluang untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai seorang felo di kolej zaba selain tugas hakiki sebagai seorang pensyarah UPSI..saya juga berasa bangga bila melihat cikgu-cikgu baru begitu bersemangat melalui sesi pendaftaran ayng rasminya berakhir tepat jam 5.30 petang tadi..Kolej zaba secara langsung telah menerima pendaftaran penghuni seramai 607 mahasiswi, 110 mahasiswa dan 24 orang mahasiswa guru besar. Angka ini telah menggenapkan penghuni kolej zaba seramai 1306. Saya amat berharap kedatangan cikgu-cikgu ini akan memerihkan lagi kehidupan di kolej zaba bahkan akan menjadi agen utama kepada penerusan kecemerlangan kolej zaba. Dengan MOTO 3L (LIVING, LEARNING, LEADERSHIP) semoga cikgu-cikgu baru ini mampu menghayati motto yang telah menjadikan zaba antara kolej yang disegani di UPSI. Sebagai penghuni, bila kita mendiami zaba disinilah kita mengambil peluang belajar erti kehidupan berdikari, belajar erti persahabatan, belajar makna kemanusiaan, belajar sejarah pendidikan. Bahkan bila kita belajar secara tidak langsung kita perlu mengambil peluang di zaba untuk mengasah bakat kepimpinan, menajam skill kepimpinan, mendalamkan ilmu kepimpinan dan seterusnya melibatkan diri secara praktik dalam saf kepimpinan kolej mahupun kepimpian mahasiswa universiti khususnya dan kepimpinan mahasiswa negara amnya.

No comments:

Post a Comment